Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua sekolah terjejas banjir dapat sumbangan RM20,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua sekolah terjejas banjir dapat sumbangan RM20,000

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming hari ini menyumbangkan RM20,000 kepada dua sekolah rendah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sebiew Chinese dan SK Assyakirin masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM10,000 bagi memulihkan keadaan sekolah seperti sedia kala.

Johnny Pang berkata, banjir tersebut telah merosakkan banyak peralatan sekolah sekali gus mengganggu kelancaran pembelajaran. 

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban pihak sekolah dan memastikan pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang selesa,” katanya semasa penyerahan itu.

Tegasnya, beliau akan terus berusaha untuk membantu memulihkan keadaan sekolah-sekolah yang terjejas kerana pendidikan anak-anak adalah keutamaan.

“Sumbangan ini diharapkan dapat mempercepat pemulihan dan memastikan anak-anak kita dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan selesa,” ujarnya.

Bantuan seumpama itu menunjukkan komitmen beliau yang terus menyokong pendidikan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan Utama Sebuyau ditutup 17 Februari hingga 12 September tahun depan
Next: Pergerakan Pemuda PBB Lingga ziarah ahli selesai jalani pembedahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.