Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bunga Tecoma mekar indah di Sarikei
  • TEMPATAN

Bunga Tecoma mekar indah di Sarikei

Utusan Sarawak 4 years ago
MEKAR INDAH… Bunga pokok Tecoma yang tular di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

SARIKEI: Bunga pokok Tecoma di tepi simpang Jalan Jong Kong ternyata menjadi bualan penduduk disini selepas beberapa gambarnya tular di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Utusan Sarawak di sini mendapati empat pokok Tecoma atau lebih dikenali sebagai bunga ‘sakura’ oleh penduduk tempatan mendapati lebih kurang empat batang pokok sedang berbunga mekar.

Warna bunga pokok ini ialah merah jambu dan putih.  Bila mekar, ia mengingatkan penduduk berkenaan kepada bunga Sakura yang menjadi tarikan di negara Jepun.

Keindahannya memang memukau mata setiap yang memandangnya.

Ia sekali gus menarik perhatian penduduk di sekitar kawasan ini untuk mengambil gambar dan berkongsi di ruangan laman sosial masing-masing.

Keindahan bunga Tecoma ini membuatkan ada yang mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan di sini supaya menanam lebih banyak pokok jenis ini kerana ia sesuai untuk reka bentuk landskap yang menarik.

Difahamkan bunga pokok ini mekar selama beberapa hari pada setiap bulan Mac hingga April dan bulan Ogos hingga September.

Pokok Tecoma ini juga merupakan sejenis pokok yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Waspada situasi semasa wabak Covid-19
Next: Gerawat puji penduduk rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.