Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Brig Jen Jafri kini Panglima 9 Briged
  • TEMPATAN

Brig Jen Jafri kini Panglima 9 Briged

Utusan Sarawak 5 months ago

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS....Jafri (kanan) dilantik sebagai Panglima 9 Bgd yang ke-28.

SIBU: Brigadier Jeneral Jafri Sulaiman dilantik sebagai Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) yang ke-28 pada majlis serah terima tugas di Padang Kawad Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), Kem Oya di sini semalam.

Jafri mengambil alih tugas itu daripada Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun yang akan melanjutkan pengajian di Kursus Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abdul Aziz.

Dalam pada itu, kontinjen perbarisan serah terima tugas tersebut diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) Leftenan Kolonel Mohd Izwan Ramli yang diiringi Platun Tambor Gabungan 20 RAMD dan 3 RRD.

Selepas acara serah terima tugas, Panglima 1 Div mengadakan sesi temu duga keluar bersama Panglima 9 Bgd yang lama diikuti dengan majlis penyampaian cenderamata.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Kapit raikan 100 tahun keamanan dengan sambutan gilang-gemilang
Next: Satu lagi kes rabies direkodkan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.