Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: SK Sungai Kapit ditenggelami air
  • Selatan
  • WILAYAH

Banjir: SK Sungai Kapit ditenggelami air

Utusan Sarawak 5 months ago

KAPIT: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapit 1 di Jalan Bukit Goram dinaiki air dalam kejadian berlaku pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.38 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, size up dijalankan dan didapati benar berlaku banjir di kawasan sekolah.

“Komander operasi mengarahkan anggota lengkap menggunakan PPE membuat pemeriksaan di lokasi yang dilaporkan dan didapati berlaku banjir dan air naik ke dalam kelas paras kedalaman 3 meter (9 kaki) dan paras air dari lantai dua unit kuarters guru dalam 1 meter (6 kaki),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek utama untuk rakyat bakal ubah ekonomi utara Sarawak
Next: BDDA: Empat projek bernilai RM10.72 juta diluluskan, ditender bulan depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.