Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Penduduk tiga rumah panjang terkandas
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: Penduduk tiga rumah panjang terkandas

Utusan Sarawak 4 months ago

ENGKILILI: Sebanyak tiga rumah panjang telah terputus hubungan apabila jalan utama serta jambatan Nanga Kumpang yang menghubungkan ketiga-tiga rumah panjang terbabit telah tenggelam dinaiki air setinggi 0.3 meter, pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata tiga rumah panjang yang terjejas iaitu Rumah Danau, Rumah Kumpang dan Rumah Kandis.

Beliau berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk sekitar 11.44 pagi berhubung kejadian banjir tersebut.

“Banjir berlaku disebabkan keadaan air pasang dan hujan semalaman. Keadaan semasa di lokasi pemantauan adalah dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden kecemasan berlaku.

“Kawasan yang terjejas dinaiki air hanya melibatkan jalan raya utama yang berdekatan dengan sungai termasuk di jambatan Nanga Kumpang setinggi 0.3 meter. Dan juga terdapat jalan alternatif lain yang dapat dilalui penduduk setempat,” katanya.

Desem berkata beliau difahamkan oleh penduduk kawasan persekitaran iaitu di jambatan Nanga Kumpang telah mula dinaiki air bermula 6.41 pagi.

“Beberapa rumah panjang yang terjejas telah terputus hubungan seperti Rumah Danau, Rumah Kumpang dan Rumah Panjang Kandis,” katanya.

Beliau menambah, pasukan pemantauan APM juga turut menasihati penduduk kampung untuk menggunakan jalan alternatif lain seperti di Sayat, Engkilili.

Sehubungan itu, Desem turut menasihati orang ramai agar sentiasa peka akan keadaan sekeliling mereka dan menghubungi agensi keselamatan terdekat sekiranya memerlukan bantuan untuk dipindahkan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penghuni Koreksional Bintulu terima sumbangan limau mandarin
Next: BDA sedia tong sampah RORO di lima lokasi hingga 2 Februari depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.