
Eksklusif: Biah pelihara warisan Iban melalui hasil kraftangan
SARIKEI: Minat yang bermula daripada mengikuti kursus anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JKWS) pada 2019 telah mengubah kehidupan Biah Rambor, 52, apabila beliau kini

SARIKEI: Minat yang bermula daripada mengikuti kursus anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JKWS) pada 2019 telah mengubah kehidupan Biah Rambor, 52, apabila beliau kini

KOTA KINABALU: Tiga anggota polis lelaki maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort petang tadi. Kejadian berkenaan tular di

PETRA JAYA: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Alexander Nanta Linggi kecewa kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan proses persempadanan semula membabitkan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN). Menteri Kerja Raya itu berkata, berikutan itu kemungkinan besar 17 kerusi baharu itu tidak sempat digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “Penambahan 17 kerusi baharu ini bukan sahaja penting untuk digunakan pada PRN akan datang, malah menjadi asas kepada usaha memperkukuh kedudukan Sarawak di Parlimen menerusi pertambahan kerusi Parlimen pada masa depan. “Pertambahan kerusi DUN itu mempunyai implikasi besar terhadap usaha Sarawak dan Sabah mendapatkan semula satu pertiga perwakilan di Dewan Rakyat bagi melindungi kepentingan kedua-dua wilayah. “Apabila kita mempunyai sedikit lebih daripada satu pertiga kerusi, sebarang pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang melibatkan kepentingan Sarawak dan Sabah tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Ahli Parlimen dari kedua-dua wilayah ini. “Itulah implikasi besar penambahan kerusi ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Hari Integriti dan Kecemerlangan Industri Pembinaan Sarawak 2026 (IECONS 2026) di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), di sini, hari ini. Laporan Utusan Sarawak hari ini memetik sumber sebagai berkata bahawa SPR belum lagi menetapkan tarikh sebenar untuk mempamerkan cadangan peta persempadanan semula kawasan DUN Sarawak meskipun telah memohon untuk menggunakan ruang di pejabat majlis perbandaran dan pejabat daerah bagi tujuan itu menerusi surat bertarikh 25 Jun lalu. Sidang Khas DUN pada 7 Julai tahun lalu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 yang memperuntukkan penambahan sebanyak 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi DUN Sarawak meningkat daripada 82 kepada 99 – terbesar berbanding negeri lain di Malaysia. Nanta bersetuju dengan pandangan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa proses persempadanan semula oleh SPR dimulakan terlalu lewat, sekali gus menimbulkan kemungkinan 17 kerusi baharu itu tidak sempat digunakan pada PRN akan datang. “Saya bersetuju dengan pandangan Dato Sri Abdul Karim kerana nampaknya proses itu tidak sepatutnya ditangguhkan sehingga ke tahap ini. “Implikasinya bukan sekadar kita mahu pertambahan 17 kerusi itu, tetapi lebih penting ia menjadi asas untuk meningkatkan jumlah kerusi DUN daripada 82 kepada 99 sebelum kita menambah lagi kawasan Parlimen pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata, harapan sebelum ini ialah supaya 17 kerusi baharu itu dapat digunakan pada PRN akan datang sebelum dijadikan asas bagi pertambahan kerusi Parlimen pada masa depan. “Namun nampaknya kita mungkin tidak dapat menggunakan 17 kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang,” katanya. Mengulas tempoh lebih setahun yang diambil SPR untuk memulakan proses persempadanan semula selepas usul penambahan kerusi diluluskan DUN Sarawak, Nanta berkata beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai punca kelewatan tersebut. “Kita tidak tahu proses yang perlu mereka lalui, tetapi dalam tempoh lebih setahun itu sepatutnya ia boleh diselesaikan. “Di mana berlakunya kelewatan itu saya tidak mahu membuat spekulasi. Harapan kita memang mahu menggunakan 17 kerusi itu pada pilihan raya akan datang, namun nampaknya ia mungkin tidak menjadi kenyataan,” katanya. Sementara itu, mengulas cadangan mewujudkan kerusi DUN Melekun di bawah Parlimen Kapit, Nanta berkata beliau mengalu-alukan bukan sahaja cadangan tersebut, malah keseluruhan 17 kerusi baharu yang dicadangkan. “Bukan hanya Melekun, saya mengalu-alukan kesemua 17 kerusi itu jika dapat diwujudkan. “DUN Sarawak telah meluluskan usul berkenaan dan kini cadangan itu perlu melalui proses seterusnya di peringkat Persekutuan sebelum dapat dilaksanakan,” katanya. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai senarai penuh cadangan kawasan baharu yang tular kerana belum melihat dokumen berkenaan. “Saya tidak nampak senarai itu, jadi saya tidak boleh mengulas. Mungkin ia sudah berada di peringkat tertentu,” katanya. Oleh Shikin Mahmud

SPAOH: Para penternak ayam kacukan diingatkan supaya mengamalkan pengurusan ladang yang baik, termasuk menyediakan reban mengikut kapasiti ternakan serta menitikberatkan aspek biosekuriti bagi menjamin kesihatan

LAWAS: Perubahan laluan aliran sungai akibat faktor cuaca telah menjejaskan bekalan air di daerah ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata,

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik memberi jaminan penuh dan komitmen berterusan untuk membantu sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian

SARATOK: Operasi khas memburu buaya yang memasuki hari ke-18 di Sungai Krian mencatat satu lagi kejayaan apabila Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Sarikei berjaya menangkap seekor

SARATOK: Keperibadian Saidatina Khadijah Khuwailid R.A. yang memiliki kekuatan jiwa, kebijaksanaan, ketabahan serta keimanan luar biasa perlu dijadikan inspirasi oleh wanita Islam dalam membina keluarga

KUCHING: Simulasi kawalan naratif digital menjadi antara pendekatan strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam memperkukuh kesiapsiagaan anggotanya untuk mengurus isu serta menangani krisis yang

KUCHING: Penganjur Rock in the City (RiTC) 2026 mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran festival muzik itu ke Esplanade Kuching, bersebelahan Hotel Grand Margherita, bagi menawarkan pengalaman konsert yang lebih

KOTA SAMARAHAN: Pemikiran tokoh ilmuwan Islam, Al-Farabi mengenai kesatuan ilmu dan hikmah kenegaraan kekal relevan dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks. Menurut Rektor Universiti

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM34.19 juta tahun ini bagi pemasangan lampu jalan diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar di 362 lokasi terpilih di Jalan Persekutuan