ADI SAFARMAN
BETONG: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong berjaya menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam enjin kereta dekat sini semalam.
Pegawai Operasi BBP Betong PBK I Henry Jugah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 2.00 petang sebelum seorang pegawai dan dua anggota dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati seekor ekor anak kucing terperangkap dalam enjin kereta pengadu.
“Anggota mengambil masa lima minit sebelum berjaya mengeluarkan anak kucing itu di sebalik enjin kereta.
“Pengadu, memberitahu anggota bomba kejadian itu disedari ketika dia mahu ke pekan Betong. Beliau terkejut apabila mendengar bunyi anak kucing di dalam enjin kereta. Dia segera menghubungi BBP Betong bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Henry berkata berdasarkan keadaan haiwan yang lemah itu, beliau percaya ia sudah terperangkap di dalam enjin kereta terbabut sejak pagi semalam.
Difahamkan, haiwan terbabit adalah kucing liar yang mencari makanan sekitar taman berkenaan. Kucing itu kemudian diberi makan sebelum dilepaskan kembali.