Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik 
  • TEMPATAN

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik 

Utusan Sarawak 2 months ago

Gambar hiasan

KUCHING: Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.

Menurut kenyataan itu cawangan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) mengesahkan bahawa reptilia itu telah ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa-Malihah.

“Kejadian itu berlaku pada 8.31 malam ketika hujan lebat di Kuching. Selepas menerima laporan, pasukan teknikal SESCO bertindak segera, berusaha memulihkan bekalan dengan selamat dan cekap walaupun dalam keadaan cuaca buruk,” menurut kenyataan itu.

Bekalan elektrik telah dipulihkan secara berperingkat, dengan pemulihan sepenuhnya pada 10.45 malam pada hari yang sama.

Kenyataan itu memaklumkan rangkaian penghantaran dan pengagihan elektrik di Sarawak merentasi pelbagai bentuk muka bumi termasuk hutan, ladang dan kawasan pertanian, yang memberikan cabaran dalam memastikan bekalan elektrik yang stabil.

“Keadaan ini meningkatkan risiko gangguan yang berpunca daripada hidupan liar, yang terus ditangani oleh SESCO melalui langkah-langkah perlindungan infrastruktur yang dipertingkatkan serta penambahbaikan sistem yang berterusan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melaporkan gangguan bekalan elektrik atau melihat hidupan liar berhampiran kemudahan Sarawak Energy melalui Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-3111, e-mel ke customercare@sarawakenergy.com, aplikasi mudah alih SEB cares dan portal web, atau berinteraksi dengan ejen maya mereka, CARINA.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sumbangan syarikat korporat, swasta dialu-alukan sepanjang Ramadan  
Next: Sokong inisiatif beri manfaat kepada komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.