Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 9.00 malam ini

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan kawasan di Sabah serta Sarawak hingga 9.00 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor yang melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Sementara itu, di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Di Sarawak pula, kawasan diramalkan terjejas ialah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos