Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Budaya menderma darah perlu jadi amalan berterusan
  • RENCANA

Budaya menderma darah perlu jadi amalan berterusan

Utusan Sarawak 19 hours ago
PROSES pendermaan darah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit di hospital.

BINTULU: Rayuan mendapatkan penderma darah sering menjadi perhatian masyarakat apabila dikongsi secara meluas di media sosial. 

Setiap kali perkara itu berlaku, ramai tampil menghulurkan bantuan dan berkongsi maklumat dengan harapan dapat membantu pesakit yang memerlukan. 

Namun, ada kalanya usaha tersebut tidak sempat mengubah keadaan, sekali gus mengingatkan kita betapa pentingnya bekalan darah sentiasa mencukupi sebelum sesuatu kecemasan berlaku.

Realitinya, darah tidak boleh dihasilkan di makmal. Satu-satunya cara untuk mendapatkan bekalan darah adalah daripada individu yang sudi menderma darah mereka untuk menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan.

Oleh itu, tabung darah di hospital memerlukan bekalan yang berterusan bagi memenuhi keperluan pesakit yang menjalani pembedahan, mangsa kemalangan, ibu yang mengalami komplikasi ketika bersalin serta pesakit yang memerlukan transfusi darah secara berkala.

Masih ramai yang ragu-ragu untuk menjadi penderma kerana bimbang proses tersebut menjejaskan kesihatan. 

Individu yang sihat dan memenuhi syarat tidak perlu bimbang kerana proses pendermaan darah adalah selamat.

SETIAP unit darah yang didermakan mampu memberi peluang kedua kepada pesakit untuk terus hidup.

Sebelum menderma darah, setiap penderma akan  diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan layak untuk menjadi penderma.

Pendermaan darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa orang lain, malah memberi manfaat kepada penderma. Salah satu manfaatnya adalah, tubuh akan menghasilkan semula sel darah baharu bagi menggantikan darah yang didermakan. Selain itu, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan sebelum proses pendermaan dapat membantu penderma untuk  mengetahui tahap kesihatan mereka sendiri.

Lebih penting, amalan menderma darah mencerminkan sikap prihatin dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Kita mungkin tidak mengenali penerima darah tersebut, namun sumbangan itu mampu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan bersama insan tersayang.

Oleh itu, budaya menderma darah perlu dijadikan amalan berkala dan tidak hanya dilakukan ketika ada rayuan kecemasan.

Dengan meluangkan sedikit masa, kita bukan sahaja membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi, malah memberi harapan kepada mereka yang sedang berjuang untuk terus hidup.

Sesungguhnya, setitis darah yang didermakan mungkin kelihatan kecil, tetapi nilainya amat besar kepada mereka yang memerlukannya. 

Dalam keadaan tertentu, ia bukan sekadar membantu dalam rawatan, malah mampu menjadi penyelamat sebuah nyawa.

Oleh Carolyne Utih

Tags: RENCANA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Mitos atau naluri? Di sebalik pertembungan ular tedung selar dan ular sawa
Next: Tumpik Maknek tampilkan cita rasa tradisional Melanau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.