Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Kix Showroom tawar barangan eksklusif dari Korea Selatan dan Jepun
  • RENCANA

Kix Showroom tawar barangan eksklusif dari Korea Selatan dan Jepun

Utusan Sarawak 9 hours ago
MOHAMMAD Ameer menunjukkan kemeja T jenama Osaka.

PETRA JAYA: Peminat fesyen dan pengumpul barangan eksklusif kini mempunyai lebih banyak pilihan apabila Kix Showroom di bandar raya ini menawarkan pelbagai produk jenama antarabangsa yang sukar diperoleh di pasaran tempatan.

Pemilik premis Mohammad Ameer Fitri Yusri berkata, antara jenama yang mendapat perhatian pelanggan ialah National Geographic, Oakley dan Mastermind, yang kebanyakannya diimport terus dari luar negara.

Menurut beliau, produk keluaran Mastermind mendapat sambutan menggalakkan kerana jenama tersebut sukar diperoleh di bandar raya Kuching dan tidak banyak ditawarkan oleh premis jualan lain.

SETIAP rak menyimpan cerita, setiap kasut membawa gaya tersendiri.

“Bagi produk topi, kami menawarkan pelbagai reka bentuk termasuk topi boleh laras, topi lima panel dan topi berstruktur yang menjadi pilihan penggemar fesyen kontemporari,” katanya.

Beliau berkata, produk National Geographic yang dijual di premis tersebut diperoleh terus dari Korea Selatan bagi memastikan pelanggan menerima barangan asli dan berkualiti.

“Semua produk National Geographic yang kami tawarkan merupakan keluaran asli dari Korea Selatan dan diperoleh melalui saluran pembekalan yang sah,” katanya.

PELBAGAI koleksi topi berjenama dan eksklusif ditawarkan kepada pelanggan.

Mengulas mengenai harga sesetengah produk yang lebih tinggi berbanding produk biasa di pasaran, beliau menjelaskan bahawa faktor kos perjalanan, penginapan, logistik serta usaha mendapatkan barangan eksklusif dari luar negara mempengaruhi harga jualan.

Menurutnya, terdapat juga produk edisi terhad yang dikeluarkan khusus untuk pasaran tertentu seperti Jepun, sekali gus meningkatkan nilai koleksi dan permintaannya dalam kalangan peminat.

KOLEKSI pakaian dipamerkan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Sebagai contoh, terdapat produk yang dihasilkan menerusi kolaborasi khas dengan Nike dan hanya dilancarkan di Osaka, Jepun. Faktor eksklusiviti seperti ini menjadikan nilainya lebih tinggi,” jelasnya.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai, khususnya di Kuching, untuk mengunjungi Kix Showroom di Metrocity bagi melihat sendiri koleksi yang ditawarkan.

Premis tersebut beroperasi setiap hari kecuali Rabu, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Tags: RENCANA

Continue Reading

Previous: Pengorbanan seorang ayah: Cinta yang tidak bersuara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.