IPD, AADK Daerah Mukah tahan lelaki positif syabu

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA polis bertugas semasa Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah. Foto IPD Mukah.

MUKAH, 17 Oktober 2026: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Mukah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan positif Syabu dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah pada 16 Oktober 2026, dari 3.00 petang hingga 6.30 petang.

Operasi diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah IPD Mukah, Inspektor Song Ching Leng turut melibatkan kekuatan 24 pegawai dan anggota yang terdiri daripada 18 anggota PDRM serta enam anggota AADK.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, saringan awal air kencing suspek yang bekerja sebagai kelindan lori berumur 35 tahun itu didapati positif Syabu.

ANGGOTA polis dan anggota AADK melaksanakan pemeriksaan kenderaan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR). Foto IPD Mukah.

Kes tersebut diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di samping itu, operasi turut melibatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Mukah-Metadeng, pemeriksaan mengejut serta rondaan cegah jenayah di kawasan tumpuan.

Sehubungan itu, seramai 148 individu dan 134 kenderaan telah diperiksa manakala 20 keping saman dikeluarkan atas kesalahan trafik.

Justeru, operasi yang memberi fokus kepada pencegahan jenayah, pengesanan individu mencurigakan serta membanteras penyalahgunaan dadah itu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

PDRM IPD Mukah akan terus mempergiatkan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Mukah sentiasa terpelihara.

Oleh Adibfahmy