KUCHING, 17 Oktober: Podcast Borak Kenyalang terbitan Utusan Sarawak meneruskan episod keempat dengan mengetengahkan perjalanan seni penyanyi, komposer dan penulis lirik kelahiran Sarawak, iR Radzi.
Episod bertajuk ‘Di Sebalik Sempurna Waktu, Kisah Jatuh Bangun iR Radzi’ itu menampilkan iR Radzi sebagai tetamu jemputan, manakala wartawan Utusan Sarawak, Norman B, bertindak sebagai moderator.
Perbincangan memberi tumpuan kepada perjalanan kerjaya IR Radzi dalam industri muzik, termasuk pengalaman serta cabaran yang dilalui sepanjang bergelar anak seni.
iR Radzi pernah mencuri perhatian menerusi lagu Sempurna Waktu yang menjadi lagu tema drama Teman Lelaki Upahan, sekali gus memperkenalkan karya beliau kepada khalayak lebih luas.
Menerusi episod berkenaan, penonton berpeluang mengenali dengan lebih dekat perjalanan seni iR Radzi, termasuk kisah di sebalik penghasilan karya serta pengalaman yang membentuk kerjayanya dalam industri muzik.
Podcast Borak Kenyalang merupakan platform terbitan Utusan Sarawak yang mengetengahkan kisah inspirasi, pengalaman dan perjalanan individu daripada pelbagai latar belakang, khususnya anak Sarawak yang mempunyai cerita tersendiri untuk dikongsikan
Episod keempat Borak Kenyalang boleh ditonton menerusi platform digital rasmi Utusan Sarawak, termasuk Facebook dan TikTok Borak Kenyalang.
Oleh Norman B




