Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laksana segera projek diluluskan dengan peruntukan sedia ada
  • TEMPATAN

Laksana segera projek diluluskan dengan peruntukan sedia ada

Utusan Sarawak 6 hours ago
TELITI PROJEK…Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kelihatan meneliti kawasan projek jalanraya di Ulu Trusan sambil diiringi Dato Henry Sum, Datuk Rubiah Wang dan Datu Ir Ts Ahmad Denney Ahmad Fauzi.

LAWAS: Kerajaan Persekutuan digesa memastikan agensi pelaksana mempercepatkan pelaksanaan projek yang telah diluluskan serta mempunyai peruntukan awal, tanpa menunggu kelulusan penuh bagi mengelakkan kelewatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata langkah itu penting bagi memastikan projek pembangunan, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak, dapat dilaksanakan mengikut jadual dan memberi manfaat segera kepada rakyat.

Menurut beliau, pelaksanaan awal projek juga boleh menjadi justifikasi kukuh untuk memohon peruntukan tambahan bagi meneruskan pembangunan sehingga mencapai matlamat asal.

“Yang penting ialah memastikan projek yang telah diluluskan dan mempunyai peruntukan, walaupun tidak sepenuhnya, dilaksanakan segera.

“Jika kita menunggu peruntukan penuh diagihkan sebelum memulakan projek, dikhuatiri pelaksanaannya akan tertangguh terlalu lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan dari Kampung Murud Suang ke persimpangan Kampung Long Pos di sini, semalam.

Awang Tengah menegaskan, pelaksanaan projek sebaik sahaja kelulusan dan peruntukan diperoleh dapat mengelakkan pembaziran masa, peningkatan kos serta kelewatan penyampaian manfaat kepada rakyat.

Katanya, tanggungjawab menyiapkan projek pembangunan tidak seharusnya dipikul oleh kerajaan Sarawak semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen semua pihak demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Setiap projek yang disiapkan lebih awal mengikut spesifikasi ditetapkan akan menjadi asas penting untuk memohon tambahan peruntukan serta memperluas skop pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf hak milik tanah rakyat dan akan menyediakan pampasan sewajarnya bagi tujuan pembangunan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemilik tanah agar berpandangan jauh dan memberi kerjasama demi manfaat generasi akan datang.

“Pembinaan jalan raya bertujuan memudahkan perhubungan antara penempatan, kampung dan rumah panjang, selain membuka peluang ekonomi serta meningkatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Datu Ir Ts Ahmad Denney Ahmad Fauzi; serta Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM), Datuk Jasni Jubli.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Murid sekolah rendah harumkan nama Sarawak di pentas inovasi antarabangsa
Next: Persatuan Veteran Tentera Laut Sarawak tetapkan tiga fokus perkasa kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.