Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sedar sambut baik pemindahan projek air luar bandar RM3.47 bilion
  • TEMPATAN

Sedar sambut baik pemindahan projek air luar bandar RM3.47 bilion

Utusan Sarawak 17 hours ago
AFFENDI Jeman menyatakan sokongan terhadap langkah pemindahan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar kepada kerajaan Sarawak.

KUCHING: Parti Sedar Rakyat menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan memindahkan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar bernilai RM3.47 bilion kepada kerajaan Sarawak sebagai langkah memperkukuh keberkesanan penyampaian kepada rakyat.

Presidennya, Affendi Jeman berkata, langkah tersebut mencerminkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik pendekatan pelaksanaan projek di negeri ini dengan memberi penekanan kepada aspek kecekapan, keberkesanan serta impak sebenar kepada rakyat.

Menurut beliau, keutamaan utama bagi rakyat Sarawak bukan sekadar jumlah peruntukan, sebaliknya sejauh mana projek dapat disiapkan dengan cepat dan memberi manfaat secara langsung kepada kehidupan harian.

“Pendekatan ini juga menunjukkan keyakinan terhadap keupayaan kerajaan Sarawak dalam mengurus dan melaksanakan projek dengan lebih responsif mengikut keperluan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, langkah tersebut turut memperlihatkan kematangan dalam hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Keutamaan kini adalah memastikan setiap projek benar-benar sampai kepada rakyat dengan kualiti yang baik serta dalam tempoh yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan model kerjasama sedemikian wajar diperkukuh dan diperluaskan ke sektor lain, khususnya pembangunan luar bandar, bagi memastikan setiap peruntukan awam diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

“Yang penting adalah hasil. Setiap inisiatif pembangunan mesti diukur berdasarkan impaknya kepada rakyat,” katanya lagi.

Parti Sedar Rakyat ketika ini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Dua unit kenderaan ART pertama sedia dihantar ke Kuching
Next: Kerjasama Sinar Mekar–Maybank mudahkan pemilikan rumah di Gustina Residence

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.