Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • APM Kuching terus siaga, paras air menurun dan jalan masih boleh dilalui
  • TEMPATAN

APM Kuching terus siaga, paras air menurun dan jalan masih boleh dilalui

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEMANTAUAN paras air dilakukan di kawasan banjir. Foto Facebook APM Sarawak

KUCHING: Pemantauan semasa mendapati cuaca di kawasan terjejas masih hujan, namun paras air menunjukkan trend menurun dan jalan raya masih boleh dilalui.

Keadaan di lokasi dilaporkan baik dan selamat.

Setakat ini, seramai 13 keluarga membabitkan 50 mangsa masih ditempatkan di pusat transit sementara di Masjid Darul Istiqlaal.

Paras air di Kampung Sungai Maong juga dilaporkan semakin surut dan terkawal.

Pasukan pemantauan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah menamatkan tugasan dan kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuching setelah memastikan keselamatan mangsa terjamin.

Operasi terkini ini menekankan kesiapsiagaan pasukan APM Kuching yang sentiasa bertindak pantas dan berintegriti dalam menangani situasi banjir, bagi memastikan kesejahteraan penduduk setempat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Remaja 16 tahun dikhuatiri lemas, SAR hari kedua diteruskan
Next: KPWKM sentiasa bersiap siaga hadapi risiko banjir susulan hujan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.