Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA, Jabatan Veterinar Sarawak anjur Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma di Bintulu
  • WILAYAH

BDA, Jabatan Veterinar Sarawak anjur Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma di Bintulu

Utusan Sarawak 6 hours ago
POSTER hebahan Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma serta Aktiviti Pelesenan Anjing Peliharaan anjuran BDA dengan kerjasama Jabatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Rumah Engkabang Angang, KM23, Jalan Bintulu–Miri.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Jabatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu akan menganjurkan Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma serta Aktiviti Pelesenan Anjing Peliharaan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan penyakit rabies.

Menurut BDA, program berkenaan akan diadakan di Rumah Engkabang Angang, KM23, Jalan Bintulu–Miri pada Sabtu ini, bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan terbuka kepada semua pemilik anjing di sekitar Bintulu.

Anjing yang dibawa untuk vaksinasi mestilah berumur tiga bulan ke atas, tidak bunting atau sedang menyusukan anak, manakala pemilik perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pendaftaran dan pelesenan.

Selain itu, pemilik turut diingatkan supaya memastikan anjing berada dalam keadaan terkawal dengan menggunakan tali penambat atau kaedah kawalan yang sesuai sepanjang program berlangsung.

Dalam pada itu, orang ramai khususnya pemilik anjing diseru supaya mengambil peluang menyertai program berkenaan sebagai tanggungjawab bersama bagi mencegah penularan penyakit rabies.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 82 saman dikeluarkan semasa Op Pandu Laju di Sri Aman
Next: Bantuan kebajikan disalur kepada 95 penerima di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.