Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sekolah rendah Cina di Sarawak dilengkapi kemudahan pintar, murid Tahun Enam jadi fokus
  • TEMPATAN

Sekolah rendah Cina di Sarawak dilengkapi kemudahan pintar, murid Tahun Enam jadi fokus

Utusan Sarawak 11 hours ago
BILIK DARJAH PINTAR….. Datuk Michael Tiang Ming Tee merakam kenangan bersama empat wakil sekolah yang menerima kemudahan bilik darjah pintar pada majlis penyerahan yang berlangsung petang tadi.

SIBU: Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Perunding Sekolah Cina Sarawak memperuntukkan RM5 juta bagi melengkapkan sekolah rendah bantuan Cina di negeri ini dengan kemudahan bilik darjah pintar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata peruntukan itu turut digunakan untuk menyediakan bahan rujukan elektronik bagi subjek Matematik dan Sains, khususnya untuk murid Tahun Enam yang bakal melangkah ke sekolah menengah.

“Sebanyak 369 kelas di seluruh Sarawak akan dinaik taraf melalui dana ini. Inisiatif ini bertujuan memupuk minat murid sekolah Cina terhadap pembelajaran sains dan teknologi melalui bilik darjah pintar yang lebih interaktif dan menarik serta berasaskan teknologi terkini,” katanya pada majlis penyerahan fasiliti itu kepada empat sekolah rendah di sekitar Sibu, petang tadi.

ADUN Pelawan itu berkata, penggunaan fasiliti interaktif tersebut merupakan langkah proaktif dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Beliau menegaskan, penyaluran dana itu membuktikan kerajaan sentiasa adil dalam pemberian bantuan pendidikan, meliputi sekolah arus perdana dan sekolah bantuan Cina.

Empat sekolah yang menerima kemudahan berkenaan ialah SJKC Kiew Nang, SJKC Dung Sang, SJKC Su Lai dan SJKC Kiang Hin, melibatkan keseluruhan 68 kelas.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sarawak, Perak terus menurun petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.