Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 13 anggota bomba jalani UKTK
  • Tengah
  • WILAYAH

13 anggota bomba jalani UKTK

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTANGOR: Seramai 13 anggota bomba telah menjalani Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, semalam. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, ujian ini bertujuan memastikan anggota bomba memiliki kecekapan, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas penyelamatan dan pemadaman kebakaran dengan efektif serta selamat. 

“Objektif UKTK adalah untuk menilai kecekapan anggota dalam menggunakan peralatan kebombaan, melaksanakan teknik-teknik penyelamatan dan pemadaman kebakaran.

“Ia bertujuan memastikan anggota bomba berada dalam keadaan fizikal yang baik bagi menghadapi situasi kecemasan yang memerlukan kekuatan, ketahanan dan kelincahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, UKTK juga adalah bertujuan menggalakkan peningkatan kemahiran dan pengetahuan secara berterusan di kalangan anggota bomba.

“UKTK ini penting bagi menilai kemajuan dan prestasi anggota bomba secara berkala untuk memastikan mereka sentiasa siap sedia menghadapi sebarang situasi kecemasan. 

“Alhamdulillah, ujian berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.  

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa kawasan rendah, jalan utama di Roban mula dinaiki air
Next: Tumpahan minyak di Jalan Nanas, Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.