Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu
  • TEMPATAN

1,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu

Utusan Sarawak 2 months ago
MERIAH… Dato Sri Nancy Shukri merakam kenangan bersama para pengunjung pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Suasana penuh kemeriahan dan perpaduan terpancar di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu hari ini, apabila lebih 1,000 warga dari sekitar Lundu dan Sematan hadir memeriahkan sambutan.

Majlis yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri itu diraikan oleh masyarakat pelbagai kaum, agama dan peringkat umur, mencerminkan semangat muhibah dan keharmonian komuniti setempat.

Turut memeriahkan majlis ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri serta Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

MESRA… Azizul Annuar dan Dato Sri Nancy Shukri bergambar bersama para pengunjung yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, hari ini. Foto UKAS

Kehadiran para pemimpin negeri termasuk Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Draup, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Mohamad Kamaluddin Mohamad Effendi, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Premier Sarawak Dato Helmi Hazmi serta Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) Datuk Amar Jamilah Anu menyerikan lagi suasana sambutan.

Majlis tersebut bukan sahaja menjadi wadah meraikan Hari Raya, malah berperanan penting dalam mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, sejajar dengan semangat Aidilfitri yang penuh keberkatan. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Aidilfitri simbol perjuangan buat pesakit hepatitis di Kampung Semerah Padi
Next: CMS sasar perkukuh kedudukan, cadang bangun Clinker Line Dua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.