Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas ditemukan selamat kurang 24 jam hilang
  • WILAYAH

Warga emas ditemukan selamat kurang 24 jam hilang

Utusan Sarawak 2 years ago

Seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan selamat dalam radius 1,000 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) di Sungai Penakub, Kampung Sesok, hari ini. Mangsa, 75, dikhuatiri hilang selepas keluar rumah untuk ke kebun rumbia di Sungai Penakub sejak dari pagi semalam (Rabu) dan tidak pulang ke rumah.

MUKAH: Tidak sampai 24 jam dilaporkan hilang, seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan selamat dalam radius 1,000 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) di Sungai Penakub, Kampung Sesok, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mangsa berumur 75 tahun dikhuatiri hilang selepas keluar rumah untuk ke kebun rumbia di Sungai Penakub sejak dari pagi semalam (Rabu) dan tidak pulang ke rumah.

“Pengadu yang bimbang akan keselamatan bapanya (mangsa) berusaha untuk mencari dan mengesan, tetapi gagal sehinggalah laporan polis dibuat pada hari ini (Khamis).

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri bomba, polis dan RELA memulakan operasi pencarian di kawasan kebun rumbia. 

“Pencarian SAR dibahagikan kepada dua pasukan dengan kaedah ‘base line method’ dengan anggaran radius 1,000m sehingga 2,000m,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, mangsa ditemui selamat dalam radius 1000 meter dari PKB oleh pasukan penyelamat, 11.00 pagi.

“Pasukan penyelamat membawa mangsa keluar menggunakan perahu ke jeti Kampung Penakup, seterusnya diserahkan kepada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan awal dan kemudiannya dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan 11.30 pagi,” ujarnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Program Tempat Kerja Bebas Dadah didik majikan, pekerja cegah penyalahgunaan dadah
Next: Jalan dua hala LPB KM38-KM48 dibuka hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.