Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing ditahan disyaki edar dadah
  • JENAYAH

Warga asing ditahan disyaki edar dadah

Utusan Sarawak 6 months ago

DIRAMPAS...Antara barang yang disyaki dadah dirampas daripada suspek.

MIRI: Seorang lelaki warganegara asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di perhentian bas Jalan Miri-Pujut di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sekitar jam 7 malam.

“Hasil serbuan polis menjumpai dan merampas sekotak rokok di dalam poket sebelah kiri seluar suspek.

“Apabila diperiksa di dalamnya dijumpai satu paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 5.61 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata, nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM620.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohohan reman dan diluluskan selama empat hari,” katanya.

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM33,400 terpedaya pelaburan tidak wujud
Next: Lelaki terpedaya oleh ‘pegawai Pejabat Pendidikan Sarikei’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.