Penerbangan dihentikan di Itali akibat debu gunung berapi

Facebook
WhatsApp
SUSULAN perkembangan aktiviti Gunung Berapi Etna, semua pelepasan dan pendaratan berhampiran bandar Sicily dibatalkan sehingga petang ini. - Foto agensi

CATANIA, Itali: Lapangan terbang Catania di Sicily, Itali ditutup kerana awan abu daripada Gunung Etna, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa.

Semua pelepasan dan pendaratan berhampiran bandar itu dibatalkan sehingga petang ini, tambah pihak berkuasa.

Berpuluh penerbangan terjejas sejak semalam, termasuk banyak penerbangan antarabangsa.

Gunung berapi paling aktif di Eropah itu mengeluarkan abu sejak Ahad.

Awan abu menjulang hingga empat kilometer ke langit, menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV). – Bernama

Gempa bumi kuat magnitud 7.7 landa Panama

WASHINGTON, 10 Oktober: Gempa bumi kuat magnitud 7.7 melanda selatan Panama pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menaikkan

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran