LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan beberapa individu dalam tempoh lima hari atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Anak Tindan, berkata tangkapan pertama dilakukan pada 7 Ogos 2026 lalu melibatkan dua lelaki tempatan.
“Pada 7 Ogos 2026 12.05 tengah hari, bertempat di Sundar, Lawas, sepasukan polis telah menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 41 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.







“Pemeriksaan badan tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai dua kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Seterusnya, pada 8 Ogos 2026 1.30 petang, bertempat di RKB, Lawas, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pemeriksaan badan tidak menjumpai barang salah atau dadah. Pemeriksaan lanjut di rumah suspek menemukan satu paket plastik berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.03 gram.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Dalam operasi yang sama, pihak polis menahan dua lelaki tempatan berusia 57 dan 47 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pemeriksaan badan tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai kesalahan lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Pada 7 September 2026 6.15 petang, bertempat di Banting, Lawas, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang tidak bekerja kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pemeriksaan badan menemukan satu tiub straw berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.40 gram.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai empat kesalahan lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Pada 9 September 2026 2.40 petang, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor, sepasukan polis membuat serbuan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pemeriksaan badan menemukan satu bekas plastik yang mengandungi empat tiub straw berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 5.01 gram.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai dua kesalahan lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Manakala pada 13 September 2026 4.00 petang, bertempat di hadapan sebuah rumah di Jalan Lawas Damit, Lawas, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pemeriksaan badan tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Oleh Adeng Edrus





