Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga asing dicekup miliki dadah
  • TEMPATAN

Warga asing dicekup miliki dadah

Utusan Sarawak 5 years ago
BAHAN BUKTI… Dadah yang dirampas daripada
suspek.

ELLIE EDWARD

BINTULU: Seorang penganggur yang juga warga asing berjaya dicekup polis kerana disyaki memiliki dadah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 23 tahun itu dicekup  polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di tepi sebuah premis di Jalan Masjid pada 11.00 pagi semalam.

“Suspek dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut telah ditahan oleh sepasukan polis diketuai Inspektor Nicholas Golibin,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak media di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan teliti yang dibuat ke atas beg duit suspek telah menemui 10 keratan tiub straw lutsinar, warna kemerahan berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine(syabu) dengan berat kasar 5.1 gram.

“Dadah yang berjaya dirampas dengan nilai pasaran tempatan itu dianggarkan RM800,” katanya.

Jelas beliau, berdasarkan ujian saringan awal ke atas air kencing suspek didapati negatif dadah dan suspek tiada rekod kesalahan lampau.

Katanya, suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut dan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga dan tidak lebih daripada lima sebatan.

Continue Reading

Previous: Kualiti perubatan Malaysia bertaraf dunia
Next: Tiga sekatan masuk ke Daerah Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.