Padawan Raft Safari kemuncak Liga Borneo Raft Safari 2026

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ABDUL Karim (tengah) bergambar bersama penganjur dan tetamu selepas sidang media Padawan Raft Safari 2026 di Bilik Mulu, Baitulmakmur 2, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Padawan Raft Safari 2026 bakal menjadi acara kemuncak Liga Borneo Raft Safari yang diperkenalkan buat julung kali tahun ini bagi memperkukuh pembangunan sukan berakit serta merancakkan sektor pelancongan berasaskan alam semula jadi di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, liga tersebut diwujudkan bagi menyeragamkan penganjuran sukan berakit di negeri ini selain menyediakan sistem pemarkahan untuk menentukan juara keseluruhan musim.

Katanya, setiap pasukan akan mengumpul mata menerusi penyertaan dalam acara yang diiktiraf di bawah liga sebelum juara keseluruhan dinobatkan pada penghujung musim.

“Melalui liga ini, kita mahu membangunkan sukan berakit secara lebih profesional, tersusun dan berpotensi menarik lebih ramai penyertaan dari luar negara,” katanya pada sidang media Padawan Raft Safari 2026 di Bilik Mulu, Tingkat 17, Baitulmakmur 2, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Liga Borneo Raft Safari 2026 melibatkan tiga siri perlumbaan utama iaitu Selangau Raft Safari pada 26 Julai, Mukah Raft Safari pada 22 Ogos dan Padawan Raft Safari pada 3 hingga 4 Oktober, selain Mulu Eco Challenge yang menjadi acara pembuka liga.

Beliau berkata, Padawan Raft Safari yang berlangsung di Semadang akan dibahagikan kepada dua pengisian iaitu hari pertama sebagai aktiviti pengalaman bagi peserta yang ingin menikmati aktiviti berakit secara santai, manakala hari kedua merupakan perlumbaan kompetitif yang dihadkan kepada 150 pasukan.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Padawan Raft Safari 2026, yang bakal menjadi acara kemuncak Liga Borneo Raft Safari dalam usaha memperkasa sukan berakit dan pelancongan alam semula jadi di Sarawak.

Abdul Karim berkata, penganjuran acara seperti itu bukan sahaja mempromosikan keindahan sungai dan khazanah alam semula jadi Sarawak, malah memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Katanya, penduduk di kawasan penganjuran berpeluang menjana pendapatan melalui jualan makanan, kraftangan, hasil tempatan dan penyediaan perkhidmatan logistik kepada peserta serta pengunjung.

“Apabila acara seperti ini diadakan, komuniti tempatan turut menerima manfaat ekonomi secara langsung. Inilah yang kita mahu lihat menerusi pembangunan pelancongan berasaskan komuniti,” katanya.

Beliau turut memaklumkan beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan bagi meningkatkan standard penganjuran termasuk sistem pendaftaran dalam talian, penyediaan insurans liabiliti awam, penjenamaan yang lebih seragam serta pematuhan terhadap piawaian keselamatan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi meningkatkan keyakinan peserta dan membuka ruang kepada lebih banyak penyertaan antarabangsa pada masa hadapan.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyasarkan penganjuran perlumbaan rentas sempadan yang melibatkan Sabah, Brunei dan Kalimantan, selain mewujudkan sebuah badan induk antarabangsa bagi menyelaras pembangunan sukan berakit di rantau ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Selangau Raft Safari tahun ini menerima sambutan menggalakkan apabila mencatat rekod 172 peserta, manakala pendaftaran Mukah Raft Safari akan ditutup pada 22 Julai ini.

Beliau turut mengingatkan peserta Mukah Raft Safari supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan berikutan terdapat ancaman buaya di beberapa kawasan hilir sungai.

Oleh Shikin Mahmud

NADMA giat nilai keperluan PPS di Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang giat menilai keperluan kemudahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sarawak