Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita ditemui meninggal dunia dalam rumah di Permyjaya
  • Utara
  • WILAYAH

Wanita ditemui meninggal dunia dalam rumah di Permyjaya

Utusan Sarawak 4 months ago
POTONG… Anggota bomba memotong mangga kunci di kediaman mangsa di Permyjaya Miri, malam tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

MIRI: Seorang wanita ditemui meninggal dunia di kediamannya di Permyjaya di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah, terdahulu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memohon bantuan untuk memotong pintu pagar besi mangga kediaman mangsa sekitar 9.55 malam.

Katanya, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 13 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba yang tiba di kediaman itu bertindak memotong mangga kunci tersebut.

“Setelah berjaya dibuka, pihaknya menemui seorang mangsa wanita berusia 42 tahun terlantar di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kemudian, pihak KKM (Kementerian Kesihatan) membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.

Henry berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program ‘Meet and Greet’ usaha polis banteras jenayah
Next: JKM Sarawak belanja RM38.434 juta sepanjang 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.