Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Video tular kes culik di Sepang tidak benar – Polis
  • JENAYAH

Video tular kes culik di Sepang tidak benar – Polis

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kejadian culik yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar, sebaliknya ia merupakan kes melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 31 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima laporan pada 9.30 pagi berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan sebuah kedai dobi di Sepang Putra, Selasa lepas.

Beliau berkata, anggota dari Balai Sungai Pelek ke lokasi untuk membuat pemeriksaan namun pemandu kereta itu enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak melanggar motosikal polis yang diletakkan di tepi jalan dan memecut meninggalkan kawasan berkenaan.

“Polis telah menahan dua lelaki warga asing di depan sebuah hotel di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 1.00 tengah hari pada hari sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu direman 14 hari sehingga 18 November ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu didakwa menculik murid sekolah dan kanak-kanak yang bermain di luar rumah di sekitar Sepang dan Negeri Sembilan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Curi cip kasino RM4.6 juta: Polis kesan lima lagi suspek, 10 telah ditahan
Next: Nasib Syed Saddiq diketahui esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.