Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Vesel milik warga AS diselamatkan di perairan Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Vesel milik warga AS diselamatkan di perairan Miri

Utusan Sarawak 2 months ago
SELAMAT… Vesel layar bersama dua individu warga AS berjaya diselamatkan di perairan Miri susulan masalah jentera, semalam.

MIRI: Sebuah vesel layar milik dua warga Amerika Syarikat (AS) yang mengalami masalah jentera di perairan Miri, berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia), petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad dalam satu kenyataan hari ini, sebuah kapal peronda segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat berhubung insiden tersebut.

“Hasil operasi mengesan mangsa berjaya menemukan vesel layar yang berdaftar sebagai ‘French Kiss’ bersama dua individu warga Amerika Syarikat dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Vesel tersebut kemudian diiring ke Jeti Marina Bay, Miri untuk tindakan lanjut.

TERKANDAS… Anggota Maritim Malaysia semasa melakukan operasi menyelamat dua warga AS yang terperangkap akibat kerosakan terhadap vesel di perairan Miri, semalam.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa membawa alat Personal Locator Beacon (PLB) serta memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebarang insiden kecemasan atau maklumat berkaitan keselamatan di laut boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri (085-649111) serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) bagi tindakan segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perubahan landskap corak kepimpinan peringkat daerah
Next: Naik taraf pintu air Kampung Perpat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.