Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • UNSC tangguh sesi undian tuntut akses bantuan ke Gaza
  • GLOBAL

UNSC tangguh sesi undian tuntut akses bantuan ke Gaza

Utusan Sarawak 1 year ago

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan menangguhkan sehingga hari ini bagi sesi undian mengenai draf resolusi yang menggesa agar serangan di Gaza dihentikan untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Negara-negara anggota belum mencapai persetujuan mengenai draf resolusi berkenaan yang dijadual diundi pada lewat semalam, lapor Agensi Anadolu memetik sumber PBB.

Teks itu dirangka oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), menegaskan semula bahawa semua pihak yang terlibat dalam konflik mesti mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.

Ia juga meminta agar mekanisme pemantauan PBB dilaksanakan dengan segera.

Teks itu juga mengutuk semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk serangan terhadap orang awam serta menyeru pembebasan “segera dan tanpa syarat” semua tebusan. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Dasar pandang ke Timur kini termasuk China – Anwar
Next: Gempa bumi di China ragut 111 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.