Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT, isteri luang masa berkunjung ke taman tema Genting SkyWorlds
  • SEMASA

TYT, isteri luang masa berkunjung ke taman tema Genting SkyWorlds

Utusan Sarawak 4 months ago

Wan Junaidi dan isteri serta rombongan ketika berkunjung ke taman tema Genting SkyWorlds. Foto ihsan Astana Negeri Sarawak

GENTING HIGHLANDS: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi meluangkan masa bersama keluarga dan rombongan di taman tema Genting SkyWorlds sebagai sebahagian percutian rasmi.

Dalam kesempatan tersebut, Wan Junaidi menyatakan kekagumannya terhadap pencapaian manusia dalam mencipta teknologi dan inovasi yang terserlah melalui keunikan serta kecanggihan tarikan yang terdapat di taman tema ini. 

Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kebesaran Allah SWT yang telah menganugerahkan akal fikiran kepada manusia untuk mencipta sesuatu yang memberi manfaat kepada kehidupan.

“Keupayaan manusia mencipta teknologi yang kompleks dan menarik ini adalah salah satu bukti keagungan Allah SWT. Akal fikiran yang diberikan kepada kita bukan sahaja mencerminkan kebesaranNya, tetapi juga menuntut kita untuk menggunakan nikmat ini bagi tujuan kebaikan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Sepanjang lawatan, Wan Junaidi dan rombongan menikmati pelbagai tarikan yang disediakan di taman tema, termasuk aktiviti mesra keluarga yang mempererat hubungan dan mencipta kenangan bermakna. 

Beliau juga memuji usaha pihak pengurusan Genting SkyWorlds dalam membangunkan sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang mampu menarik perhatian pelawat dari dalam dan luar negara. 

Beliau berharap taman tema ini terus menjadi pemacu utama sektor pelancongan negara, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Continue Reading

Previous: AED: BSMM boleh terajui usaha latihan 
Next: 1,500 guru baharu di Sarawak mula bertugas pertengahan Januari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.