MIRI, 30 Oktober: Sarawak terus memperkukuh sektor penerbangannya menerusi penubuhan AirBorneo, pembangunan lapangan terbang dan peluasan hubungan udara domestik serta antarabangsa.
Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pencapaian itu merupakan sebahagian daripada transformasi sektor penerbangan negeri sepanjang tujuh tahun penubuhan Kementerian Pengangkutan sejak 2019.
Beliau berkata, AirBorneo yang memulakan operasi secara rasmi pada Januari 2026 mencatatkan 50,000 penumpang dalam tempoh 100 hari pertama operasi penerbangan jet.
Operasi jet AirBorneo bermula menerusi laluan Kuching-Kuala Lumpur pada 20 Julai 2026, diikuti penerbangan antarabangsa berjadual pertama antara Kuching dan Singapura pada 22 Julai 2026.
Kim Shin berkata demikian semasa berucap pada Sesi Libat Urus dan Majlis Makan Malam Penghargaan untuk pemain industri penerbangan dan pihak berkepentingan, Kementerian Pengangkutan di sini malam tadi.
Menurutnya, penubuhan AirBorneo bukan sekadar pemilikan sebuah syarikat penerbangan, sebaliknya mencerminkan usaha Sarawak memastikan kesinambungan perkhidmatan udara luar bandar serta memperluaskan hubungan udara domestik dan antarabangsa.
Oleh Liong Chai Ling




