KUCHING, 30 Oktober: Empat kawasan di Sarawak merekodkan kualiti udara pada tahap baik, manakala 16 kawasan lain mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 12.00 tengah hari ini.
Menurut data yang dipaparkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, kawasan yang merekodkan status baik ialah Bario dengan bacaan IPU 38, diikuti Limbang (42), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (43) dan Miri (44).
Sementara itu, beberapa kawasan lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, antaranya Betong (83), Sri Aman (77) dan Serian (75).
Bacaan sama turut direkodkan di Tebedu (69), Sarikei dan Lubok Antu masing-masing 68 serta Samarahan (65).
Bagi kawasan Kapit, Sibu dan Samalaju masing-masing mencatatkan bacaan 61, manakala Lundu merekodkan 60.
Kuching, Mukah dan Kanowit pula masing-masing mencatatkan bacaan 59, diikuti Belaga (56), Bintulu (54) dan Lawas (53).
Secara keseluruhan, kesemua 20 kawasan pemantauan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap baik dan sederhana, tanpa sebarang kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat.
Mengikut pengelasan IPU, bacaan 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana.
Bacaan melebihi 100 pula menunjukkan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat dan berpotensi menjejaskan kesihatan, khususnya golongan berisiko.
Orang ramai disarankan supaya sentiasa mengikuti perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa bagi mengetahui keadaan kualiti udara di kawasan masing-masing.





