Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat johan qariah kebangsaan
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat johan qariah kebangsaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TUN Wan Junaidi (tiga dari kiri) menerima kunjungan johan qariah kebangsaan, Nur Syakura Mohamad Musa(kanan) di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini. Foto Ukas

PETRA JAYA: Qariah dari Sarawak, Nur Syakura Mohamad Musa, yang dinobatkan sebagai johan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M, mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, di sini hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan mempersembahkan trofi kemenangan kepada Tun Wan Junaidi sebagai tanda penghormatan, selain berkongsi kejayaan yang mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan.

Pertemuan kira-kira sejam itu turut menjadi platform menzahirkan penghargaan terhadap sokongan berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa syiar Islam serta melahirkan qari dan qariah berkualiti.

Nur Syakura melakar sejarah apabila menamatkan penantian selama 17 tahun Sarawak untuk meraih gelaran johan qariah kebangsaan. Kejayaan itu lebih bermakna apabila ia merupakan penyertaan keenam beliau sejak kali pertama mengambil bahagian pada 2017.

NUR Syakura Mohamad Musa menunjukkan trofi kemenangan kepada Tun Wan Junaidi dalam kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak. Foto Ukas

Turut mengiringi kunjungan tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama isteri, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidel.

Hadir sama, Ketua Penyelia GAQ-MIS, Dato Ismawi Duet; Timbalan Pengarah II Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Wan Shaifuddin Wan Madihi; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengembangan al-Quran Darul Hana (DHQc-MIS), Mohd Shalahudin Marzuki; Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat JAIS, Helmi Nahrawi; serta Pegawai Tadbir Komunikasi Korporat JAIS, Zaliha Minan.- Ukas

Continue Reading

Previous: Cuaca panas Tahap 1 di 14 kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Next: AZAM perluas rangkaian media serantau di Manila

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.