Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tun Wan Junaidi, isteri teruskan ziarah Aidilfitri di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Tun Wan Junaidi, isteri teruskan ziarah Aidilfitri di Sibu

Utusan Sarawak 1 month ago

SIBU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan ziarah Aidilfitri pada Syawal kelima ke kediaman beberapa pemimpin tempatan di sini, hari ini.

Tun Wan Junaidi bersama isteri memulakan ziarah Aidilfitri ke kediaman Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad di Jalan Jasmin.

Turut mengiringi ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selepas itu, Tun Wan Junaidi menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nur Sibu.

Selesai Solat Jumaat, Tun Wan Junaidi, dan isteri meneruskan ziarah Aidilfitri ke kediaman Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk Dr Annuar Rapaee di Jalan Kangkong.

Pada sebelah malam nanti, Tun Wan Junaidi, dan isteri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Oleh Akun Giman / Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Elak isu-isu sensitif ancam keharmonian Sarawak
Next: Pekan Sebauh kini dalam fasa transformasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.