Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Taib terima kunjungan hormat Sarawak Heart Foundation
  • TEMPATAN

Tun Taib terima kunjungan hormat Sarawak Heart Foundation

Utusan Sarawak 3 years ago

KUNJUNGAN HORMAT… Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan
hormat daripada Sarawak Heart Foundation.

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Sarawak Heart Foundation di kediaman TYT Sarawak di Demak Jaya pada Selasa. 

Rombongan yang hadir sekitar 8.00 malam diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri  Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri  Dr. Sim Hui Kian selaku Timbalan Pengerusi Sarawak Heart Foundation.

Sarawak Heart Foundation yang turut dipengerusikan oleh Tun Taib sendiri adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 1996 bertujuan mempromosikan budaya jantung sihat dikalangan orang awam di Sarawak. 

Diantara fungsi yang dimainkan oleh badan amal ini adalah  menyediakan bantuan kewangan kepada pesakit jantung yang memerlukan bantuan rawatan dan pembedahan dalam dan luar Sarawak. 

Malah membeli dan menderma peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit jantung di hospital awam, menyediakan pemberian dan sumbangan kepada hospital awam, institusi pengajian tinggi dan profesional dalam bidang perubatan untuk membuat kajian penyakit yang berkaitan dengan jantung. 

Ia juga mendidik masyarakat awam Sarawak cara-cara  mengenalpasti, menghindari dan rawatan penyakit jantung melalui kaedah  pemeriksaan kesihatan, seminar, bual bicara dan penerbitan.

Hadir sama dalam kunjungan hormat ini adalah tiga Lembaga Pemegang Amanah Sarawak Heart Foundation iaitu Datin Patinggi Dato Amar Jamilah Anu, Dato Anne Teng dan Pauline Kon Suk Khim.

Continue Reading

Previous: MBM anjur pertandingan cipta replika bangunan
Next: Peruntukan RM30 juta perangi Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.