Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tragedi Perahu Regata Sarawak Karam: Bantuan mula disalurkan kepada keluarga mangsa
  • KEMALANGAN

Tragedi Perahu Regata Sarawak Karam: Bantuan mula disalurkan kepada keluarga mangsa

Utusan Sarawak 7 months ago
PENGHORMATAN TERAKHIR… Datuk Dr Chai Khin Chung mengetuai upacara penghormatan terakhir kepada jenazah mangsa yang terlibat dalam insiden perahu karam, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak, hari ini. 

KUCHING: Bot yang digunakan dan karam membawa 16 kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) semasa latihan sempena Regata Sarawak, sehingga mengakibatkan lima maut, bukanlah milik UKPS secara rasmi.

Menurut Pengarah UKPS, Datuk Dr Chai Khin Chung, ia merupakan sebuah bot fiber yang dipinjam daripada sebuah kampung untuk tujuan latihan.

“Keadaan bot pada asalnya baik, namun punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak di sini, hari ini.

Dr Chai turut menyatakan bahawa bantuan kepada keluarga mangsa telah mula disalurkan melalui kelab kebajikan UKPS.

“Kami sudah memulakan bantuan untuk keluarga terlibat dan bantuan tambahan akan diberikan berdasarkan peruntukan sedia ada seperti KWSP, SOCSO dan insurans.

“Kami juga akan berbincang dengan pihak atasan bagi sebarang bantuan tambahan,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai penyertaan UKPS dalam acara-acara masa depan seperti Regata Sarawak, beliau berkata keputusan masih belum dibuat.

“Kemungkinan untuk menarik penyertaan tetap ada, tetapi keputusan akhir akan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak atasan,” tambahnya.

Tambahnya, latihan yang diadakan sebelum kejadian tidak menghadapi sebarang masalah besar, dan UKPS akan menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

“Banyak kali kita sudah adakan latihan, ini sebab ada punca-punca lain yang terlibat, jadi laporan polis telah dibuat, dan kita akan tunggu hasil siasatan sebelum langkah seterusnya diputuskan,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dalam operasi mencari dan menyelamat, serta masyarakat yang memberi perhatian dan sokongan terhadap kejadian tersebut.

Oleh Shahrul Qaizat


Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras
Next: Tragedi Bot: Harapan pernikahan bertukar duka 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.