Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Titikberatkan pendidikan anak-anak
  • TEMPATAN

Titikberatkan pendidikan anak-anak

Utusan Sarawak 4 years ago
TURUN PADANG… Dato Majang Renggi bersama penduduk di tapak baharu Rumah Man.

BINTULU: Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju, Dato Majang Renggi menggesa ibu bapa untuk menitikberatkan pendidikan anak-anak dalam usaha mendepani pembangunan industri di kawasan ini.

Menurutnya, dengan adanya pendidikan akan membolehkan anak-anak merebut peluang dan tempat dalam pasaran kerja.

“Kawasan DUN Samalaju merupakan kawasan industri utama negara dan kebanyakkan hasil pendapatan negeri dan negara dikeluarkan menerusi DUN Samalaju.”

“Saya menyaran ibu bapa untuk memberikan pendidikan secukupnya untuk anak-anak agar nanti mereka dapat merebut peluang dalam pelbagai bidang di industri yang terdapat di sini,” katanya pada majlis ringkas bersama penduduk di Rumah (Rh) Man Andoh, seterusnya meninjau kelancaran kerja-kerja pembinaan rumah panjang baharu tersebut di Batu 20, Jalan Bintulu-Miri, semalam.

Jelas beliau, pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan modal insan di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap penduduk setempat bijak memanfaatkan peluang sedia ada memandangkan Samalaju menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Sektor pertanian khususnya dalam mengeluarkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu juga diceburi” katanya.

Sehubungan itu beliau yakin, sektor pertanian juga mendapat permintaan tinggi daripada penduduk Bintulu.

Katanya, peluang tersebut sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya akan membawa pulangan lumayan kepada sosioekonomi penduduk.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Kerajaan sokong penuh industri maritim
Next: Pakan akan jadi new township

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.