Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tingkatkan kebersihan dalam penyediaan makanan
  • Tengah
  • WILAYAH

Tingkatkan kebersihan dalam penyediaan makanan

Utusan Sarawak 2 months ago
MOHAMAD Duri hadir pada majlis perasmian Bazar Ramadan Saratok 2025, petang semalam. Foto ADUN KALAKA

SARATOK: Seramai 81 peniaga Bazar Ramadan Satok menerima apron dan topi sumbangan Majlis Daerah Satok, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini sebagai langkah meningkatkan kebersihan dan profesionalisme dalam penyediaan makanan.

Inisiatif tersebut, katanya, bertujuan memastikan peniaga mematuhi piawaian keselamatan makanan sepanjang bulan Ramadan, selain memperkukuhkan imej bazar sebagai lokasi jualan makanan yang bersih dan selamat.

“Saya menyeru semua pihak serta peniaga menjaga kebersihan persekitaran Bazar Ramadan.

“Para peniaga di bazar Ramadan harus memastikan kualiti bahan makanan, dan minuman yang dijual terpelihara serta dijaga daripada segala aspek, khususnya kebersihan.

“Kebersihan gerai jualan harus dijaga dengan rapi, malah lebih penting harga yang dikenakan mestilah berpatutan. Kebersihan dan kualiti makanan amat penting bagi menarik lebih ramai  pengunjung.

“Saya yakin melalui pendekatan itu, kita dapat meyakinkan pelanggan untuk datang membeli,” katanya pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2025 di sini, petang semalam.

MOHAMAD Duri hadir pada majlis perasmian Bazar Ramadan Saratok 2025, petang semalam. Foto ADUN KALAKA

Jelasnya, penganjuran bazar Ramadan bukan sekadar tempat peniaga mencari rezeki, dan pengunjung mencari juadah berbuka.

“Bazar Ramdan mampu menjadi medan merapatkan silaturahim sesama kita tanpa mengira agama mahupun kepercayaan.

“Seperti penganjuran Bazar Ramadan di Saratok ini, ia merupakan landasan terbaik bagi kaum lain mengenali keistimewaan makanan kaum Melayu.

“Ini kerana masyarakat berbilang kaum yang ada di sini dapat bertemu dalam satu tempat dan sudah tentu masing-masing dapat bertanya khabar dan lebih mengenali antara satu sama lain.

“Selain itu, pelanggan dengan pembeli juga dapat berkenalan dan tidak mustahil pada masa akan datang boleh berhubung lagi untuk mendapatkan juadah yang dijual itu walaupun bukan lagi pada bulan Ramadan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Saratok merangkap Pengerusi Majlis Daerah Saratok Muhammad Dino Amid, Pegawai Kesihatan Bahagian Betong Dr Mohamad Norhaizam Ahmad @ Narawi, dan Setiausaha Majlis Daerah Saratok McCrea Joseph Pererra.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh ancam keselamatan warga SK Balong
Next: Bomba pantau empat kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.