Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas elak rumah musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas elak rumah musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba semasa melakukan operasi pemadaman kebakaran di sebuah kediaman di Taman Miniata, Saratok petang tadi. Foto PGO JPBM Sarawak

SARATOK: Ketangkasan dan kerjasama penduduk, anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam memadam kebakaran berjaya menyelamatkan sebuah kediaman di Taman Miniata musnah dijilat api, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan berhubung kemalangan tersebut sekitar 2.48 petang.

Katanya, seramai lapan anggota BBP Saratok yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I), Nasir Drahman telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Oeprasi (PKO) di lokasi kejadian, komander operasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres setingkat jenis kekal, terbakar 40 peratus.

TERJEJAS… Kebakaran tersebut menjejaskan 40 peratus kediaman yang terletak di Taman Miniata, Saratok petang tadi. Foto PGO JBPM Sarawak.

“Semasa kejadian, cuaca adalah panas dan penghuni tidak berada di rumah.

“PKO membuat penilaian awal di lokasi menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dan melakukan operasi pemadaman dengan membentang satu aliran menggunakan dua hos bantu mula dua nozel dan satu aliran 100 kaki satu nozel air dari jentera bomba hingga kebakaran padam sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas pekerja dibantu bomba berjaya kawal kebakaran premis farmasi
Next: Bomba padam kebakaran di menara telekomunikasi, elak kerosakan teruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.