Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga pelajar maut kemalangan kendiri di Lawas
  • KEMALANGAN

Tiga pelajar maut kemalangan kendiri di Lawas

Utusan Sarawak 7 months ago

SELAMAN BOMBA...anggota Bomba bersama pasukan penyelam untuk memastikan tidak ada mangsa tertinggal.

LAWAS: Tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas maut dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Awat-Awat Sundar petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim mengesahkan kejadian kenderaan berbagai guna (MPV) yang membawa 10 pelajar berkenaan terbabas dalam perjalanan balik dari sekolah pada jam 1 petang.

“Setiba pihak bomba di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Alza telah terjunam ke dalam sungai.

“Kenderaan tersebut yang dinaiki 10 orang (lapan daripadanya adalah pelajar SK Agama Lawas), seorang kanak-kanak berusia 5 tahun iaitu anak kepada pemandu, termasuk pemandu lelaki berusia 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Enam pelajar telah berjaya menyelamatkan diri selepas pemandu bertindak membuka pintu bonet belakang kenderaan.

Sementara tiga kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan, telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar, Lawas.

Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Lawas untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal.

Pihak Bomba telah membuat selaman di permukaan air di sekitar kenderaan bagi  memastikan tiada lagi mangsa lain terlibat.

Tiga pelajar yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohamad Nazran Awang Matasan, 10 tahun; Mohd Fayard Mohd Azmi, 5, dan Eryna Akifa Imani Zukri, 8 tahun.

Seorang pelajar yang kritikal berusia 9 tahun telah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Kebakaran: 25 penghuni hilang tempat tinggal 
Next: Lima kenderaan terbakar di bengkel 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.