Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera kemalangan di Kampung Pengkalan Kuap
  • KEMALANGAN

Tiga cedera kemalangan di Kampung Pengkalan Kuap

Utusan Sarawak 2 months ago
Pihak JBPM membantu mangsa yang terlibat dengan kemalangan.

KOTA SAMARAHAN: Satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan berlaku awal pagi tadi di Kampung Pengkalan Kuap, Jalan Datuk Mohammad Musa di sini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dua mangsa cedera.

Laporan kecemasan diterima pada jam 3.33 pagi dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan tiba di lokasi 16 minit kemudian setelah menempuh jarak perjalanan 15 kilometer.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan kereta Honda City dengan dua penumpang dan sebuah Perodua Viva dinaiki seorang.

“Setibanya pihak bomba di lokasi, semua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.  

“Dua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) manakala seorang lagi dibawa oleh orang awam ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.  

”Operasi yang disertai oleh tujuh anggota dengan bantuan sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS ini tamat sepenuhnya pada 04:22 pagi setelah keadaan disahkan selamat dan terkawal,” katanya.

Selain JBPM, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan dan mengawal keadaan. 

“Punca kemalangan masih dalam siasatan,” jelasnya.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki terjatuh dalam sungai di Bungan Kecil, ditemukan
Next: Tukar laluan secara mengejut, penunggang motosikal maut dilanggar kereta  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.