Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga anak Sarawak harumkan negara
  • Selatan
  • WILAYAH

Tiga anak Sarawak harumkan negara

Utusan Sarawak 1 month ago
AARIZ Abdillah (kiri), Darrel Nathaneal Buko Desmond (tengah) dan Marc Xavier Pitor Dineal Gumis (kanan) telah mengharumkan nama Malaysia selepas masing-masingnya memperolehi pingat Diamond, Emas dan Gangsa Pertandingan GELOSEA di Incheon, Korea Selatan semalam. Foto SMK Sri Aman

SIMANGGANG: Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, Aariz Abdillah mengharumkan nama negara apabila berjaya membawa pulang Anugerah Pingat ‘Diamond’ buat Malaysia dalam Pertandingan Global English Language Olympiad of South East Asia (GELOSEA) yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan yang berakhir semalam.

Selain Aariz, dua lagi pelajar Sarawak yang mengharumkan nama Malaysia iaitu Darrel Nathaneal Buko Desmond dari Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching Utara dan Marc Xavier Pitor Dineal Gumis juga dari SM Sains Kuching Utara dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu.

AARIZ Abdillah membawa pulang Anugerah Pingat ‘Diamond’ buat Malaysia. Foto SMK Sri Aman

Aariz Abdillah yang mendapat pingat Diamond dalam kategori menengah 2, Darrel Nathaneal Buko Desmond memperolehi pingat Emas dalam kategori menengah 3 dan Marc Xavier Pitor Dineal Gumis mendapat pingat Gangsa dalam kategori menengah 3.

Seramai 136 peserta dari pelbagai kategori telah mewakili Malaysia berjaya menyertai pertandingan berprestij ini setelah lulus ujian saringan di peringkat kebangsaan.

Lebih manis, kali ini hanya tiga peserta dari Sarawak berjaya menyertai pasukan Malaysia ke Incheon dan tidak pulang dengan tangan kosong.

Ketiga peserta ini telah berjaya membawa pulang pingat Diamond, Emas dan Gangsa untuk pasukan Malaysia. Pencapaian luar biasa peserta dalam pertandingan ini akan diberikan pingat Emas, Perak dan Gangsa. Manakala pingat Diamond adalah merupakan pingta untuk pencapaian tertinggi.

Semoga pencapaian yang membanggakan ini akan mendapat perhatian dari pihak kerajaan supaya bakat yang telah mengharumkan Sarawak dalam bidang pendidikan ini juga diberi pengiktirafan yang selayaknya.

Kejayaan ini telah membuktikan anak Sarawak juga turut berdiri sama tinggi diperingkat antarabangsa seperti peserta dari Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 51 pemilik tanah terima pampasan
Next: Kunjungan Aidilfitri ke kediaman KMKK Melayu Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.