Monyet liar berjaya ditangkap

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM berjaya menangkap seekor monyet liar bekeliaran di kawasan rumah pangadu di Kampung Baru Marudi. Foto : APM Marudi

MARUDI, 24 November: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam minta bantuan menangkap seekor monyet liar berkeliaran di kawasan rumah seorang pengadu.

Pegawai Pertahanan Daerah Marudi, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengadu, Kusyairi Sahari pada 6.54 pagi tadi memaklumkan seekor haiwan liar berkeliaran di kawasan rumahnya dan minta haiwan tersebut ditangkap.

Sebaik menerima panggilan berkenaan sepasukan  Angkata Pertahana Awam (APM ) diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PA) Azraai Fahimi Baim dan dua anggota lain bergerak ke lokasi di Lot 1479, Jalan Tunku Abdul Rahman Kampung Baru Marudi.

Setibanya di lokasi yang jaraknya satu kilometer dari PKOD, anggota APM dimaklumkan pengadu seekor monyet liar buta mata sebelah kanan sudah tiga har berkeliaran di kawasan rumahnya.

Setelah dimaklumkamn anggota APM dari Skuad Alpha bertindak menjalankan operasi dan berjaya menangkap haiwan liar itu menggunakan penyepit dan menjerutkannya.

Anggota APM bergerak pulang ke PKOD setelah selesai menjalankan oprerasi.

Oleh Jiku Juguong

Monyet liar berjaya ditangkap

MARUDI, 24 November: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam minta bantuan menangkap seekor monyet