Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiada pengangkutan, risau harta benda sebab mangsa banjir enggan ke PPS
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiada pengangkutan, risau harta benda sebab mangsa banjir enggan ke PPS

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Sri Alexander Nanta Linggi

KAPIT: Ketiadaan pengangkutan dan kebimbangan untuk meninggalkan harta benda antara sebab utama ramai mangsa banjir di Kapit enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) semasa kejadian banjir bulan lepas.

Maklum balas itu diperoleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika melawat mangsa banjir di Rumah Gawan dan Rumah Juin, Tatai Sempaong, Baleh yang dilanda bencana itu setinggi lebih satu meter pada 21 hingga 23 Mac.

Susulan itu, Ahli Parlimen Kapit itu mencadangkan agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meneliti semula syarat kelayakan bagi pemberian bantuan, khususnya Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM1,000 yang ketika ini hanya layak diterima oleh mangsa yang berpindah ke PPS.

“Sekiranya mereka tidak layak menerima RM1,000, bantuan RM500 pun amat membantu meringankan beban mereka yang turut mengalami kerosakan harta benda,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Selain bantuan tunai, mangsa banjir yang terlibat turut menerima bantuan makanan kering daripada pihak berkuasa.

Semalam, Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata kerajaan negeri tetap komited membantu mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS.

Namun, beliau berkata jawatankuasa itu perlu menunggu pengesahan daripada Pejabat Daerah dan mengenal pasti alasan mangsa sebelum sebarang bantuan disalurkan. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nanta pantau projek pembinaan semula bahagian ruai di Rumah Kiong
Next: Jadikan budaya berkunjung landasan eratkan perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.