Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiada paksaan jual Menu Rahmah – KPDN  
  • WILAYAH

Tiada paksaan jual Menu Rahmah – KPDN  

Utusan Sarawak 2 years ago

TIADA PAKSAAN... Mathew ketika melancarkan menu Rahmah di Lawas yang turut melibat sebuah restoran dan gerai makan.

LIMBANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  tidak memaksa mana-mana pihak pengusaha kedai makan dan minum untuk menyertai Menu Rahmah dan ia dilakukan secara sukarela.

Sehubungan itu, pihak KPDN hanya mengalakkan lebih ramai pengusaha kedai makan untuk menyertai hidangan Menu Rahmah dalam membantu meringankan beban yang ditanggung golongan B40.

Pengarah KPDN  Negeri Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, pembabitan peniaga dalam program berkenaan adalah secara sukarela dan bukan sesuatu yang diwajibkan.

“KPDN  tidak memaksa mana-mana pihak pengusaha kedai makan minum untuk menyertai Menu Rahmah kerana ia dilakukan secara sukarela, tetapi kita mengalakkan mereka menyertai Menu Rahmah untuk membantu golongan B40,” katanya ketika ditemui media pada Pelancaran Menu Rahmah di Kedai Dayana Curry House di Daerah Limbang, semalam.

Turut sama ialah Timbalan Pengarah yang juga  Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sarawak Peter J. Berinus Agang, Ketua Cawangan,KPDN Limbang Pulnama Tarah dan Timbalannya Idrus Nalin.

Beliau berkata lagi, inisiatif yang dilancarkan kerajaan  pada 31 Januari 2023 lalu mendapat sambutan yang positif daripada pelbagai pihak terutama dalam menjaga kebajikan rakyat.

Tumpuan jualan adalah untuk golongan B40, dengan menawarkan hidangan berkhasiat tengah hari dan malam pada harga RM5 sepinggan.

Sementara itu katanya Restoran Dayana Curry Limbang merupakan kedai makan pertama di bahagian Limbang yang menawarkan Menu Rahmah.

“Jadi apa yang kita nampak makanan yang sedia ada adalah  makanan yang bekhasiat yang mengandungi ayam  goreng, ayam masak madu, sayur kacang dan juga nasi  putih dan setiap hari jumaat juga di adakan menu nasi beriani ayam,” jelasnya.

Terdapat tiga  kedai makanan yang menawarkan Menu Rahmah  di Limbang iaitu Dayana Curry House, Mr Bim Café Dan New Mei Sing Coffee Shop, selain dua kedai makan di Lawas.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Hasil perolehan pendapatan Majlis Daerah Limbang cecah RM3 juta
Next: Meterai MoU: UTS, Press Metal kukuhkan kerjasama akademik, industri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.