Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada kematian sejak 23 Mei
  • SEMASA

Tiada kematian sejak 23 Mei

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 29 Mei -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 103 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 7,732 kes manakala yang telah pulih sebanyak 66 kes dan tiada kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 115 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI JANGKITAN 2019-nCoV OLEH YB MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD ID: BN202002115413

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan di Malaysia tujuh hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.49 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu sebanyak 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih dan discaj sebanyak 6,235 kes (80.6 peratus).

“Dalam pada itu, terdapat 103 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,732 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,382 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian perkembangan Covid-19 di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata lonjakan kes baharu dilaporkan pada hari ini adalah disebabkan oleh kes dalam kalangan warga asing.

“…103 kes baharu yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia. Oleh itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia adalah 12 kes sahaja,” katanya.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, seramai lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan dua daripada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Continue Reading

Previous: S’wak catat rekod terbaik
Next: Komited kembangkan semua sektor ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.