Kualiti udara Sarawak membaik, semua 21 stesen catat IPU sederhana pagi ini

Facebook
WhatsApp
KUALITI udara di seluruh Sarawak kekal pada tahap sederhana dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 62 hingga 98 setakat 8.00 pagi ini.

KUCHING, 6 Oktober: Kualiti udara di seluruh Sarawak kekal pada tahap sederhana pagi ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 62 hingga 98 setakat 8.00 pagi.

Belaga dan IPD Serian (MCAQM) merekodkan bacaan tertinggi masing-masing 98, diikuti Kuching dengan 94, manakala Samalaju dan Lundu masing-masing mencatat 90.

Sebanyak 21 stesen pemantauan di seluruh Sarawak merekodkan status sederhana, termasuk Samarahan dan Bintulu masing-masing 87, Mukah (84), Kanowit (80) serta Lubok Antu (77).

Sri Aman, Tebedu dan Betong masing-masing mencatat 76, diikuti Miri (76), Sarikei (73), Kapit dan Lawas masing-masing 66, Limbang (64), ILP Miri (63) dan Bario (62).

Berdasarkan status NREB Sarawak, bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana.

Oleh Adele Rissa