KUCHING, 5 Oktober: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 8.00 malam tadi dengan bacaan 149.
Bagaimanapun, kebanyakan kawasan lain di Sarawak kekal mencatat bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kuching (100) dan Belaga (100).
Antara kawasan lain yang merekodkan bacaan sederhana ialah Lundu (91), Samarahan (93), Miri (86), Sarikei (85), Kanowit (84), Sibu (82), Lubok Antu (82), Bintulu (80), Samalaju (80), Sri Aman (79), Mukah (78), Tebedu (76), ILP Miri (70), Bario (69), Kapit (67), Lawas (67), Limbang (65), dan Betong (92).
Menurut nota status IPU NREB Malaysia, bacaan tersebut dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter yang paling dominan.



