Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Terkini: Mangsa ketiga dijumpai tertimbus
  • KEMALANGAN

Terkini: Mangsa ketiga dijumpai tertimbus

Utusan Sarawak 5 months ago

MIRI: Seorang lagi mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini ditemui meninggal dunia pada jam 10.53 pagi tadi, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada tiga orang.  

Mangsa, seorang perempuan dewasa, berjaya dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).  

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, operasi menyelamat masih giat diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus.  

“Kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi telah menimbus dua rumah di Lot 287 A dan Lot 287 B, Kampung Lereng Bukit, melibatkan 12 penghuni.  

“Setakat ini, tujuh mangsa berjaya diselamatkan, manakala tiga mangsa disahkan meninggal dunia. Mangsa pertama, seorang perempuan remaja, berjaya dikeluarkan dalam keadaan cedera parah sekitar jam 4.46 pagi.

“Mangsa kedua, seorang perempuan dewasa, ditemui pada jam 5.00 pagi, diikuti seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia pada jam 6.00 pagi.  

“Operasi SAR yang bermula pada jam 3.48 pagi sempat dihentikan pada jam 6.30 pagi berikutan risiko aliran elektrik sebelum disambung semula pada jam 7.50 pagi. 

“Sebuah jentera pengorek tiba di lokasi sekitar jam 8.30 pagi bagi membantu kerja-kerja penggalian tanah,”katanya dalam kenyataan. 

Setakat ini seorang lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita telah disahkan meninggal dunia, manakala usaha mencari tiga lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus sedang giat dijalankan. 

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Remaja lelaki maut, empat lagi dikhuatiri masih tertimbus
Next: Pasukan penyelam kini berada di lokasi cari juragan hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.